Latar Belakang
Perkampungan Ikan Bakar Terapung atau juga dikenali sebagai PIBT merupakan salahsuatu destinasi popular yang merupakan sub-sektor pelancongan makanan di negeri Melaka. Perkampungan ini dikatakan boleh mencapai maksimum 2,000 orang pengunjung. Pemandangan panorama indah mengadap laut terutama waktu pagi dan senja pastinya akan mengamit kedatangan pengunjung. PIBT mempunyai pelbagai kemudahan yang selesa seperti surau, pentas terbuka, menara peninjau dan ‘boardwalk’ paya bakau.
Perkampungan Ikan Bakar Terapung ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan Pemenang Anugerah Restoran Melayu Terbaik Negeri Melaka, Permis Terbersih Kategori A Sijil Asas Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan yang lebih hebat lagi PIBT pernah mencatat rekod dalam ‘The Malaysian Book Of Records’ bagi acara Ikan Bakar Terpanjang di Malaysia iaitu 377 meter dan di lokasi PIBT ini juga berjaya dalam Cabaran Memuatkan Orang Dalam Sebuah Kereta Kancil 26 orang dewasa.











No comments:
Post a Comment