Sunday, March 22, 2015

Melaka Duck Tours




Latar Belakang
Melaka Duck Tours merupakan salah satu aktiviti pelancongan yang wajar dikunjungi. Pengalaman ini amat menarik. Anda akan dapat menaiki kenderaan yang boleh melalui jalan darat dan laut. Pengembaraan  ini merupakan yang pertama di Malaysia

Pengembaraan Melaka Duck Tours merupakan pengembaraan darat dan laut yang pertama di Malaysia. Hebat kan! Jangan lepaskan pengalaman yang amat menyeronokan. Pengembaraan ini dilakukan melalui kenderaan amfibia yang melalui jalan di darat dan laut. Anda akan keteruja dengan pengalaman ini. Anda boleh melihat persekitaran Melaka dari darat dan laut.


Bila masanya beroperasi ?
Melaka Duck Tours beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari. Bagi menjamin keselesaan anda setiap tiket diberi no tempat duduk.
Bagaimana ingin mendapatkan tiket atau tempahan ?
Sebagai tetamu Homestay Seri Cempaka, Melaka anda boleh membuat tempahan melalui kami ditalian 010 334 24 14 Affandi Bin Ismail atau terus ke talian  Melaka Duck Tours di talian 06 292 25 95 atau 06 292 55 95. Anda dinasihatkan berada setengah jam lebih awal sebelum waktu bertolak. Tempahan membolehkan anda tidak perlu masa yang panjang untuk menunggu terutama cuti sekolah dan cuti umum.

Harga Tiket ?
1. Dewasa : RM 38
2. Kanak-kanak (4 -12 tahun ) : RM 22
3. Kanak-kanak (13 -18 tahun ) : RM 27
4. Warga Emas : RM 27

Tempoh masa perjalanan ?
Pengembaraan ini akan mengambil masa 45 minit sehingga 1 jam. Pegembaraan ini bermula dan tamat berhampiran Menara Taming Sari, Melaka.

No comments:

Post a Comment