Melaka Wildlife Theatre merupakan satu lagi pusat pelancongan yang baru dan menarik. Statusnya kami meletakkan dalam kategori mesti dilawati.
Melaka Wildlefe Theatre mempersembahkan singa laut yang comel dan bijak, burung yang berwarna-warni, reptilia yang licik dan tarian tradisional dari Hutan Hujan Tropika Borneo yang penuh semangat dan bertenaga.. Anda dan keluarga akan teruja apabila mengunjunginya.
Di sini… ia… di sini anda akan berkenalan dengan Singa Laut Amerika Selatan yang pintar dan bijak, yang pasti akan mempersona serta menambat hati anda dengan pelbagai aksi yang mencuit hati dan menarik.
Anda akan terpersona dengan rakan hidupan liar dan jenis reptilia yang pasti memberi kejutan kepada anda!
Keindahan budaya asli suku kaum Borneo juga akan memeriahkan lagi pengalaman anda di Wildlife Theatre Melaka. Saksikan tarian Pahlawan Borneo yang mebawa irama dari hutan yang kaya dengan kebudayaan Malaysia Timur yang unik.
Melaka Wild Theatre merupakan gabungan pengalaman dalam memberi pendidikan terhadap hidupan liar. Menerusi kunjungan ini anda bukan sahaja mendapat melihat kebijaksanaan binatang dan persembahan kebudayaan malahan dapat mendidik generasi baru untuk mencintai alam sekitar dan penukiharaan hidupan liar. Ini memberi input tambah kepada pengetahuan anda sekeluarga.
Waktu Persembahan :
Pagi : 10.30 pagi
Petang : 3.00 petang
Selasa hingga Ahad*
(Tutup hari Isnin kecuali cuti umum dan cuti persekolahan)
Tiket :
Hari Biasa | Hujung Minggu/Cuti Umum/Cuti Sekolah
Dewasa : RM 15.00 | RM 20.00
Kanak-kanak : RM 10.00 | RM 15.00
No comments:
Post a Comment