Saturday, April 4, 2015

Melaka River Cruise


Latar Belakang :
Negeri Melaka sememangnya dikenali sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang terunggul di Malaysia dengan keunikan warisan budayanya yang tersendiri, tempat-tempat bersejarah untuk dilawati dan pastinya makanannya yang begitu enak dan unik sekali.
Intro Pelancongan :
Slogan Melaka iaitu Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia secara ringkas sudah dapat memberi gambaran apa yang dapat disajikan kepada pelancong oleh penduduk berbilang kaum di sini. Kelainan ini meletakkan Negeri Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelancong yang terbilang di Rantau Asia. Pada 7 Julai 2008, Melaka juga telah diikhtiraf oleh UNESCO sebagai sebuah Bandaraya Warisan Dunia dan kini dikenali sebagai “Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO”. Ini disokong dengan 12 Sub Sektor Pelancongan Negeri Melaka yang terkenal iaitu Pelancongan Sejarah, Pelancongan Budaya, Pelancongan Rekreasi, Pelancongan Sukan, Pelancongan Membeli-Belah, Pelancongan Konvensyen, Pelancongan kesihatan, Pelancongan Pendidikan, Pelancongan Agro, Pelancongan Makan-Makan, Pelancongan Melaka Rumah Keduaku dan Pelancongan Belia.
Sejarah Sungai Melaka :
Sungai Melaka mencatatkan pelbagai sejarah yang pernah suatu ketika menjadi salah satu sisitem pengankutan utama. Sungai Melaka dikatakan begitu sibuk menjadi laluan utama membawa hasil pertanian,hasil hutan , perniagaan dan hasil galian. Justeru itu, tidak hairan kita mendapati sehingga kini terdapat banyak rumah lama yang berada di sepanjang sungai Melaka. Hal ini terbukti di Kampung Morten, Kampung Pangkalan Rama serta deretan kedai dan gudang di muara Sungai Melaka.
Melaka River Cruise :
Di atas keunikan Sungai Melaka, Kerajaan Negeri Melaka telah menaik taraf Sungai Melaka. Perancangan yang komprehensif dan berterusan menghasilkan suatu likaran baru dalam ketamadunan dan kemajuan Melaka. Sungai Melaka kini telah dikenali ramai. Sehingga tanpa menelurusi Sungai Melaka bermakna kunjungan ke Melaka tidak lengkap.Melaka terus mengungguli dunia pelancongan dunia.
Pelbagai acara dirancang oleh kerajaan negeri di bawah Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka bagi menyemarakkan aktiviti di Sungai Melaka.
Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.
Anda boleh menelurusi Sungai Melaka pada waktu siang dan malam. Pastinya gambaran yang diperlihatkan pada siang dan malam amat berbeza. Lebih bermakna lagi jika anda mengunjungi pada waktu siang dan malam. Kami yakin kenangan ini akan menjadi suatu kenangan yang manis untuk anda sekeluarga.



No comments:

Post a Comment