Apabila anda mengunjungi Melaka, destinasi ini iaitu Zoo Melaka tidak patut anda kecualikan. Zoo Melaka sentiasa berusaha membawa perubahan memberi keselesaan kepada penghuninya dan pengunjungnya. Pengalaman mengunjungi Zoo wajar dipratikkan bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan malahan dapat menghayati kehidupan bianatang liar yang semakin pupus. Kanak-kanak juga boleh mengenali binatang dan ini akan memberi pengetahuan berguna kepada mereka.
Zoo Melaka, merupakan salah satu zoo terhebat di Malaysia. Ia terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya Utara-Selatan.
Zoo ini dianggap sebagai salah sebuah zoo yang tertua di Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang kini diancam kepupusan.
Selain dari menyaksikan binatang yang dikurung di dalam kandang, pengunjung juga boleh menikmati keseronokan menaiki gajah atau kuda, yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung muda zoo.
Tarikan lain di Zoo Melaka adalah taman mini safarinya di mana pengunjung boleh berjalan di sepanjang titian kayu untuk menyaksikan binatang dari jarak dekat. Buat masa ini, terdapat kira-kira 80 binatang dari 16 spesies yang dibiarkan bebas dalam kawasan safari seluas 1.5 hektar ini.
Zoo Malam
Zoo Melaka juga dibuka waktu malam. Ini merupakan suatu tarikan yang unik. Pada waktu malam terdapat binatang yang aktif. Anda akan merasai pengalaman yang berharga. bagi memudahkan anda menyelusuri Zoo Melaka pada waktu malam, pihak zoo menyediakan train.
Bagi pengunjung yang tidak mempunyai aktiviti pada waktu malam, bolehlah berkunjung ke Zoo Malam pada waktu berikut:-
- dibuka pada : setiap Jumaat dan Sabtu, sehari sebelum cuti umum dan cuti sekolah
- masa operasi : 8.00 malam hingga 11.00 malam
- bayaran : RM 15.00 (dewasa) , RM6.00 (kanak-kanak)
Description
- Day Zoo price: RM 15.00 for adults RM 6.00 for kids
Night Zoo price: RM 15.00 for adults RM 6.00 for kids
Bayaran Masuk:
Dewasa RM15.00 Kanak-kanak RM6.00
Dewasa RM15.00 Kanak-kanak RM6.00
No comments:
Post a Comment