Monday, February 16, 2015

Monorail Melaka

LATAR BELAKANG :
Melaka Monorail merupakan satu perkhidmatan monorel yang dibina di Bandaraya MelakaMelaka. Monorel ini menyelusuri Sungai Melaka sepanjang 1.6 km. Monorel ini mempunyai dua stesen utama iaituStesen Monorel Hang Jebat yang terletak di berebelahan Taman Rempah di Pengkalan Rama dan Stesen Monorel Hang Tuah yang terletak berhampiran stesen bas lama Melaka. Perkhidmatan monorel ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 20 Oktober 2010 bersempena sambutan perasmian Melaka Maju 2010. Kos pembinaannya adalah RM 16.5 juta. Ia mula dibina pada Mei 2008.


Gerabak monorel boleh memuatkan seramai 22 penumpang pada satu-satu masa dan ia bergerak pada kelajuan kira-kira 12 km sejam. Perkhidmatan ini sebenarnya lebih bertujuan perlancongan berbanding untuk pengangkutan awam biasa.
HARGA TIKET :
Dewasa : RM 10.00
Kanak : RM5.00

No comments:

Post a Comment