Pusat Perkampungan Hang Tuah terletak di Kampung Duyung. Ini merupakan pusat pelancongan terbaru. Rekabentuknya menarik bercirikan rumah Melayu Melaka lama. Perkampungan ini terdapat 1 bangunan utama dan 5 buah rumah iaitu rumah Hang Tuah…, Hang Jebat,Hang Kesturi, Hang Lekiu dan Hang Lekir. Di bangunan utamanya terdapatnya muzium mempaparkan kaedah teknologi terkini.
—
Bayaran Masuk :
Dewasa : RM5.00
Kanak-kanak : RM3.00
—
Masa Lawatan : 9.00 pagi hingga 5.00 ptg.
—
Pameran :
Di perkampungan ini terdapat rumah lima Pahlawan. Rumah 5 Pahlawan ini mengandungi lima buah rumah pahlawan Melayu yang mewakili Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kesturi, Hang Lekiu dan Hang Lekir yang pernah berkhidmat ketika zaman Kerajaan Melayu Melaka. Memaparkan senibina Melayu yang unggul dan unik dengan kehalusan teknik dan interpretasi menerusi gaya yang penuh simbolik. Setiap rumah dilengkapi dengan gelangang silat bagi membolehkan aktiviti dijalankan seperti latihan silat, kebudayaan dan sebagainya.
Anda pasti teruja dengan mengunjungi Pusat Hang Tuah ini.Pelbagai pameran dipaparkan pensenjataan, pakaian Zaman Kesultanan Melaka.
Anda pasti teruja dengan mengunjungi Pusat Hang Tuah ini.Pelbagai pameran dipaparkan pensenjataan, pakaian Zaman Kesultanan Melaka.
No comments:
Post a Comment